Friday 25 February 2011

BERPISAH SEMENTARA ATAU SELAMANYA??

SEBELUM BERCERITA, JOM LAH PLAY LAGU NIE.. BEST..

LAGU NIE LAGU 1ST EDITION DAN AIZAT TAJUKNYA PERPISAHAN INI.



-SAMBIL PLAY DAN BACA PUN TAK APA..-

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu








Tak ada tujuan utama kenapa letak lagu ni..
Cuma sedap sgt.. Dan tgk lah lirik nya.. Menusuk!

Setiap org pernah rasa perpisahan kan?
Sama ada SEMENTARA, atau SELAMANYA..

Contohnya mungkin ibu yang menghantar anaknya belajar selama 2tahun, BERPISAH juga namanya..Bagi ibu2 yang xpernah berpisah dgn anaknya, pasti akan menitiskan air mata pada saat perpisahan.

Mungkin juga perpisahan sementara antara kekasih. Si lelaki terpaksa bekerja luar, manakala si wanita tinggal di Universiti seorang diri tanpa si lelaki untuk menemaninya makan mlm, berhantar dan menjemput.

Masih lagi perpisahan antara kekasih. Apabila kebahagiaan tidak lagi milik mereka. Mungkin berlaku pergaduhan, kecurangan, tidak sehaluan, bosan, dsb.




Aku pasti setiap pasangan pasti berbalah dari hal kecik hingga ianya dibesarkan.
Begitu juga denganku. Sama!! kita semua sama. Bezanya adalah bagaimana caranya kita selesaikan.

Jgn lari dari masalah. Setiap perkara harus di bawa berbincang.



Damaikan diri masing-masing. Buang segala ego yang ada. Sekiranya ia menghampiri ke PERPISAHAN, cuba berdiam diri, fikir sejenak, apa yang telah anda lalui. Selama setahun? 2tahun?3tahun?Atau mungkin 8tahun??? COME ON!! Takkan tak syg dgn hubungan korang tu? Korang sama2 pernah sengkek!! Pernah susah!! Pernah berhujan!! Pernah berpanas!! Pernah mkn burger kongsi dua!! Kan?? Sekarang masing-masing dah senang.. Apa lagi? Kalau dulu blh susah bersama, takkan x boleh senang bersama. Please, jgn berpisah..
Ingat,
CINTAILAH ORANG YANG MENCINTAI KITA!!

KENAPA?? Sebab, bukan senang nak cari orang yang blh terima kita. Bila dia dah terima, hargailah.
Jgn menangis bila dia dah tiada di depan mata BUAT SELAMANYA!!






TAK GUNA MENYESAL!!
TAK GUNA MENANGIS!!
TAK GUNA MERINTIH!!


Hmm...aku akui aku hampir menghampiri ke arah PERPISAHAN.

Tapi aku bertahan, aku berfikir, susah senang kami semasa belajar.

NO BODY CARES ABOUT US!! THEY ARE ALL SELFISH!!

Tak ada siapa dgn kami bila kami susah..Aku taknak cerita byk ttg kesedihan

kesusahan aku masa student, sbb aku taknak nangis! Hmm..

Ok..Dan Alhamdulillah hubungan aku dan dia dah semakin jernih walaupun agak kekok untuk kembali seperti dulu. Aku akan terus berusaha.

Kembali ke tajuk.

Perpisahan di atas adalah perpisahan sementara.

Bagaimana pula perpisahan SELAMANYA???
ANDA BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI NYA??

IBU? AYAH?? ADIK BERADIK?? SAUDARA MARA?? SAHABAT BAIK?? RAKAN2?? KEKASIH??

BERSEDIAKAH???

AKU TAK SEDIA!! SEBAB AKU TAK SANGGUP MENANGIS!! AKU TAK RELA MENANGIS!! AKU SYGKAN MEREKA SEMUA.. BETUL KATA BLOGGER YANG TENGAH MELONJAK NAIK NIE.. BIAR DIRI SENDIRI YANG PERGI DULU. AKU SETUJU..

HMMM...Sekurang-kurangnya, aku tak payah nangis bila org sekeliling aku pergi nanti.

Teringat masa arwah atok yang pergi masa bulan puasa tahun 2006. Tatkala aku tggl beberapa minggu saja lagi nak SPM..Hmm...Biarlah ia menjadi kenangan..

INGATLAH..HIDUP NIE SEMENTARA.

HARGAILAH MEREKA DI SEKELILING ANDA.
SAYANGILAH MEREKA.
PENUHI PERMINTAAN MEREKA. MANA TAHU ITU ADALAH BUAT KALI YANG TERAKHIR.



-ni lah arwah atok kesayangan aku..YAACOB BIN AHMAD.. AL-FATIHAH..


.....................................................................................

Thursday 24 February 2011

KEMALANGAN MERAGUT KERETA!!!



AKU KEMALANGAN!!!

UNEXPECTED!!!

Sepanjang 2tahun aku bwk kereta, dgn penuh dedikasi, toleransi, kefokusan, kebaikan, keslowan, yeah!! 22/02/2011, aku accident.

Meh aku cerita. Kejadian ni berlaku hari selasa, di seksyen 1 bandar baru bangi, ketika aku mahu pulang dari kerja dan cuaca pada ketika itu hujan renyai-renyai.


Nampak map kat atas nie? Kalau xnampak click je gmbr tu..hehe..Yang anak panah hitam tu kereta aku, ( perasan!) yang anak panah
merah
kereta 4WD. Kalau yang dok bangi tau lah jalan nie. Aku baru lepas traffic light betul2 kat golf punya simpang tu. Dari situ jalan dia naik bukit sikit sampai lah kat simpang 6/2 tu, jalan nya dah turun bukit. Jalan tu ada 2 lane, kiri dan kanan dan aku adalah di lane kanan. Kelajuan aku masa tu adalah 60-70 km/j.

Di simpang merah tu, aku nmpak ada kereta nak melintas. Fine lah sbb aku pn jaoh lagi. Kereta first lepas, second lepas, dan yang ketiga agak ragu-ragu. Aku tak expect dia akan lintas sebab aku dah dekat dgn simpang tu tapi TIBA-TIBA kereta tu dah ada dekat simpang yang hampir msk ke lane aku dan aku adalah SANGAT DEKAT DENGAN KERETA TU!! Dan dengan BANGGA nya kereta tu msk lane aku dgn kadar yang sgt perlahan sehingga aku TAK MAMPU NAK ELAK KERANA::

  1. LANE KIRI ADA MOTOR
  2. DAN KERANA BREK KAKI DAH TAK BOLEH NAK BREK walaupun aku dah tekan sehabis paddle pun!! Kereta tu berbunyik mcm brek kecemasan dan GEDEGANGGGG!!!!!! Ya!! Selamat!!
Kereta tu pun dah tolak aku ke lane kiri dgn mudahnye sbb kereta kelisa ini hanyalah sekecil kuman dan kereta itu adalh sebesar tapak tangan.

Aku bagi signal kiri, turun kereta dan untuk pertama kali KAKI AKU MENGGIGIL, TANGAN AKU TERKETAR-KETAR, MULUT AKU PN MENGGIGIL, DAN BADAN AKU RASA PANAS SGT!

Aku garu kepala tgk kereta kelisa tu..

Tgk lah..nasib baik enjin x ada apa, lampu dpn xpecah.




Sikit je pun..Aku terus ckp kat brader tu (nsb baik melayu),

Aku - " adui, cmne ni bang? kete kakak saya nie.." - sambil garu kepala..

Brader - "emm..maaflah dik, adik pn laju sgt td"

Aku - " 70 je bang, abg pn phm lah turun bukit, cmne abg blh msk gak td..hmm"

Brader - "xpelah, jom lah ikut saya p seksyen 7, kawan saya punya bengkel"

Aku - "saya ni dalah student, siapa nk byr..adui.."

Brader - " Xpelah dik, abg byr..sikit je nie..jom lah.."

Aku - "hmm..ok lah bang, bwk slow2 yea.."

Aku pn ekot lah abg tu pegi seksyen 7..jaoh tau perjalanan aku tu..Tgk lah anak panah kat bwh nie.. Aku bwk slow je sbb ALIGNMENT STERENG DAH LARI!! DAN SIDE MIRROR KANAN DAH XDE MIRROR!!

Dalam perjalanan aku terfikir, betul ke brader nie..Silap2 dia tipu aku dan bwk aku pg tmpat lain kang..Aku cpt2 keluarkan hp dan tgkp gmbr kereta abg tu yang jelas nombor plat nya. Pastu otak aku pn ligat berfikir siapa yang blh tolong..HAAA!! Nasib bek abg aku tak keje..Aku kol abg aku dan dia dgn risaunya pecut kete Lacer die tu smpi bangkel tu..Kawan abg aku pn ada sekali.

Abg aku tny cm ne..brader tu kata dia nk byr..so, ok lah..Tapi hari sabtu baru blh buat..hmm..xpela sbb Brader tu dok atas bengkel tu..rumah kedai..dengan isteri dan anak2 dia..kalau nk lari sekalipn, aku ada no. plat dia dn aku ada ramai saksi kat bengkel tu. aku tgk muka isteri dia bengang je. Aik??? Aku ke salah??

Dah tukar no. telepon, kitorang pn nk blk..Abg aku soh bwk keta dia..aku xnk..sbb kaki aku menggigil..haha. Abg aku pn hntr lah aku blk dgn kereta kelisa tu, kereta dia tggl dulu dan kwn abg aku folow blkg, dan jap g p bengkel tu blk..

Hmm..Kejadian ni aku da dpt rasa dr pg..Sbb, masa nk p keje, Aku terserempak dgn dua accident di berlainan tmpt..aku terdetik.Ish..jgnlah aku pasnie. Itu SATU.

KEDUANYA, masa blk dekat pizza san franscisco tu ngtkan nk p seksyen 4 jap, tp ntah kenapa automatik otak aku cancel..

Yelah..benda nk jd, jd jugak..Tapi tulah..PENGALAMAN DAN PENGAJARAN.

Fobia nk bwk kereta mmg ada..tapi aku kuatkan jugak hati ni. Alhamdulillah, setelah MC semalam, hari ni aku bwk kereta spt biasa tp slow je. hehehe...

Jadi,

PANDULAH DENGAN BERHEMAH
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG
BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT
UTAMAKAN KESELAMATAN ORANG LAIN


Salam semua.


Sunday 20 February 2011

22 TAHUN KEHIDUPAN

Alhamdulillah hari ini, Allah masih memberi aku peluang untuk melihat keriangan di wajah emak, merasa masakan emak, dan terus menghirup udara yang dah tak berapa segar di bangi ini. Untuk pengetahuan, aku sudah 22 tahun singgah di bumi Malaysia ini. Di sinilah tumpahnya darah ku. Paling tepat di labour room di Hospital Kuala Lumpur.

Agak terkial-kial untuk memulakan perjalanan baru di blog ini. Tiada tujuan yang specific kenapa aku buat blog. Mungkin sekadar untuk meluahkan isi hati tatkala hati bergurindam, bergelora dan apabila kekusutan melanda.

Teringat zaman persekolahan yang gembira. Tiada apa yang perlu difikirkan kecuali study, exam dan gembira. Bergaduh dgn kawan, esok baik pastu gadoh lagi..

Tgk abg2 senior hensem, terus usha dari atas smpi bawah pastu berangan die pakwe aku..Yang aku xtahan aku siap bagi RM5 dekat abg nie...name die **** Xmolah tulis..nnt mana tau 1 hari die pn ada blog, tetibe die singgah kat sini, sie2 je..hehe...

Aku training hoki, die training bola...aku dlm court die kat padang..weee....sonoknye...haha..mmg gatal aku masa tu tahap ulat bulu lah kalau kene kat tgn tergaru2..hehe...jerawat aku time tu tak payah cakap..peta dunia dah tau??hahaha....aku nk ltk gmbar pn malu..

Aku nie mula2 perenggan ayat manis, jiwang karat, bersopan santun, dah msk perenggan ke3 semua keluar...dah takde dah sopan2..aisyah2...

Kita smbung cerita..yang tadi tu sekolah rendah..ni sekolah menengah lak..aku sekolah menengah sebelah2 je dgn sekolah rndah..maklumlah, tak berapa nak bijak..Azam msk sekolah menengah, aku nk beat along dgn abg..(kononnye)

Bile dah dpt geng, semua 1 kepala hancus punah harapan dan azam aku..haha...lagi2 masa form 2...Ya Allah..aku rasa tulah zaman jahiliah aku...aku tak ponteng sekolah, aku tak lawan ckp cikgu tapi aku nakal!!Nakal sgt2..Cikgu mengajar kat depan, aku maen hoki kat belakang..lagi2 dalam lab masa kelas sains...Geng aku masa tu siddeq dgn rozana..oops...hahaha...diorang xmarah kot??hehehe...

Bila masuk form3, aku dpt kelas ke2 terbaik..masa tu masih lagi geng dgn rozana tapi geng dah ramai sikit la...masa nie aku alhamdulillah agak bersopan sbb nk PMR dan syukur result aku walaupn x berapa hebat tp masih boleh dibanggakan..:-)

Masa F4 masih lagi di sekolah yg sama...hmm...kecewa mmg kecewa...tp apakan daya..diri sndiri x berusaha gigih..konon nk tiru amalina dpt 17A tp haram..

Dahlah...hari pn dah hujan..lebat...nk offline..nnt aku sambung lagi dgn kisah percintaan monyet lak..^-^

*ngantuk sebenarnya hujan2 nie tido kan sodap!!haha....

Salam.