Thursday 31 March 2011

BUASIR

Salam..

Tajuk nie agak geli..kan?
Tapi perkara ni adalah umum kerana ia adalah penyakit yang boleh menyerang bila2 masa sahaja selepas BERAK..ish..

Apa tu buasir?
Simple je..Buasir nie usus besar yang terkeluar dari punggung..
Sakit??
Tak tau lah..Tak ada pengalaman..
Tapi berdasarkan pengalaman pakcik aku, aku tgk agak terseksa..
Nak jln pn ssh dan semestinya pedih di situ..Haish!!

Aku tak nak cakap secara healthcare professional sbb aku bkn pro pn.. :-D
Tapi aku nk ckp secara normal..
Bak kata ayah aku, org kampung..Hahaha..

Ni sebenarnye hasil aku borak2 ngn ayah aku..
Oklah..
Buasir terjadi bila terjadinya sembelit@constipation!
Haa...Paham2lah kan bila dtg sembelit nie..
Mcm2 gaya dlm jamban korang buat kan?Hahaha..
Teran smpi meleleh air mata..
Sampai meleleh peluh luar dalam..
Sampai merah muka mcm mkn pedas..
Sampai rasa nk bergadoh dgn ta** pn ada kan?hahaha...

Hahaha....Ada tu obsess sgt sampai tergelincir dlm bilik air..Hahaha..
Ooooops!!
Tapi berjaya ke??aku pasti 10% je yang berjaya dikeluarkan..
Kan?Haha...Yang selebihnya keluar tapi bukan ta** tapi usus kome yang keluor yea?
Adoi..sakit tue....
Yang pasti bila keluar tandas mesti bengang je..perut tak sedap..Tak boleh orang tegur, nnt silap2 terbang pinggan yea?haha..



Oklah..
Tak boleh nk salahkan jugak cara pemakanan kita..
Kalau kurang minum air pn jadi jugak..
Tapi kebanyakannya adalah kerana keturunan..
Jgn disalahkan pula keturunan nenek moyang kamu yea??

Cara nya mcm mana ya nk elak..
Standard answer, mkn buah2an, sayur2an, dan minum air kosong byk2..

TAPI.........!!!
Jawapan ayah aku len sket..
Dia kata JANGAN PAKAI JAMBAN NYANGKUNG!!!


image google.

Aku pn bantah lah! AYAH,AYAH TAU TAK BETAPA FEEL NYA BILA NYANGKUNG???
Ayah aku pn ckp MMGLA FEEL, TAPI NNT KALAU TERLEBIH FEELING, KOYAK KANG?TAK NAYE?
Aku ngn adik aku glak je..hahaha...
Ayah cakap camtu sebab,
1) bila nyangkung, punggung kita akan stretch a.k.a bukaan punggung lebih luas..Bila teran (sembelit), mmg mudah keluar tetapi pasti usus akan terikut sama lagi2 bila otot2 punggung dah tak mampu nk tahan tekanan yang kuat..
2) Bila usus dah keluar, sapa yg nk masukkn blk???mak?ayah??ish...

Ayah smbung lagi, sebab tula org puteh ni bijak..diorg dah kaji semua nie..
Dan mostly kita p country diorang mana angpa nk crk jamban nyangkung??
nk sgt angpa p la korek tanah!!hahaha...

Dan ayah pn menasihati aku, nnt rumah ecah, make sure tandas duduk ok??
YOLAH AYAH!!



**adoi, jujur aku ckp aku lagi puas berak nyangkung!!mmg feel pn..kan?kan???

Walaupun arnab lagi laju, walaupun kura-kura boleh kejar arnab tapi dalam bab ni semua sama!!
HAHAHAHAAHAHAHAHAhAHA!!!

Tuesday 29 March 2011

MARRIAGE

Perkahwinan itu indah!!


Siapa mereka ni?
Mereka nie adalah senior aku..
Yang lelaki tu nama dia Shafiq aka Fiq mok.. Hehe..
Dia nie senior group aku..
Yang perempuan itu adalah Emma..
Senior nurse..
Tapi dua-dua dah bekerja dgn kerasnya dan berjaya jugak hingga berkahwin..
Alhamdulillah..
Tahniah pada mereka!!


Persoalannya disini..............berkahwin!
Siapa yang patut berkahwin?
Aku?Kau?Dia?Mereka?Siapa-siapa??SIAPA???
Sebenarnya semua orang nak berkahwin..
Patut berkahwin..
Membina masjid..Besar pahalanya!!
Kan?Kan?
Bila pula nk kahwin??
Haa..Yang nie angpa p Google angpa carik la golongan yang wajib berkahwin noh?

Aku nie belum kahwin lagi..
Tapi teringin beno nak kawin..
Yela..Tgk kawan2 kawin..
Sapa tak teringin kan?
Masalah nye bukan apa..
KOS..
Sekarang nie nk kahwin kalau tak ada RM30,000 jgnla berangan..
Bukan nak bermegah dengan majlis yang penuh meriah..
Tak tapi sekali seumur hidup, hanya untuk kenangan bersama..
Kan?
Kalau ikutkan RM30,000 tu cukup-cukup makan jela..
Hantaran lagi, makanan, gifts, baju, mekap, gambar..
Ish..macam2lah..
Kalau takat gaji aku nie, Tak usah la berangan nak kahwin lagi..
Kumpul la duit tu smpi lebam!
Hahaha..
Tu la aku harap agar aku dapat kerja tu..
Nnt selain tolong keluarga, boleh kahwin juga!
Hehe..

Pasangan untuk berkahwin????
Weeee....
Ada ke???
Hehe..Jujur aku katakan..
Aku mmg sedang berpacaran..
Dengan jejaka asalnya kampung baru, KL ini..
InsyaAllah..Kalau panjang jodoh kami, kami akan berkahwin!
Jodoh,Pertemuan di tangan Allah..
Kami hanya berusaha dan merancang, selebihnya Allah yang tentukan..



**Saja amik berkat..hehe

Note: Peduli apa kata orang, yang penting cinta kami suci!
Next: WORKING AND WORKING
Next:MARRIED! (M.I.A.M. ILYSM)

Saturday 26 March 2011

SCOLIOSIS PART II

Salam..

Semoga hari ini lebih indah dari semalam..

Alhamdulillah Spinal Inc tu dah reply email aku..



Tak berapa clear..Click je lah gambar ni biar besau..

Kos nye RM6880.. Ikotkan harga tu kira murah sebenarnya..
Dan dia tak perlukan operation yang meletakkan besi kat tulang belakang aku nie..
Agak scary disitu yea?
Dan harganya boleh cecah >RM30k di hospital swasta..

Bila difikirkan blk, ulamak2 sains menyatakan bahawa perempuan berumur >18tahun,
tulangnya dah matang..
Begitu jugak doktor kat HKL gtau aku..
Setelah 3x buat check up, dia tgk tulang aku nye bengkok sama ja..35 degree je..
Tak berubah..Jadi dia kata sbb tulang nie dah matang dan tak perlu dtg lagi untuk tahun seterusnya.. (2011-end of my life)


BTW, Datin Dr Madeline Ting pn dah ckp masih belum terlambat untuk aku buat treatment nie,
dan chances untuk success adalah 95%, aku pn dah fikir aku akan buat!!


Tapi....


Bukan sekarang...
Hmm..
Keadaan masih belum mengizinkan..
Aku kena kerja tetap dulu, baru lah cukup duit..
RM6880 tu mmg nmpk murah dan nmpk sikit je jumlahnya tapi untuk aku
jumlah tu besar dan perlukan bertahun untuk aku kumpul duit itu kalau aku kerja mcm nie ja..
Hmm..
Baru aku faham mcm mana orang-orang susah, anak sakit nk mintak bantuan dlm paper..
Kesian diorang..
Aku masih bersyukur penderitaan aku nie tidaklah menyakitkan sgt..
Tapi agak terseksa sebenarnya..
Body shape aku pn kalau orang perhatikan mmg obviously nmpk tak normal..
Kesian kan?

Lagipn, untuk pengetahuan, orang scoliosis nie kalau teruk 'S' nye, akan susah bernafas
sebab dia compress paru-paru..


Tgk nie..paru-paru kanan dia dah kene himpit..komplikasi dia, dia akan rasa susah nafas

Dan bagi org perempuan, dia akan rasa sakit bila mengandung..
Lagi2 kalau scoliosis dia dekat bahagian Lumbar spine.. (tulang blkg plg bawah dan plg besar)
Sebab, lumbar spine lah yang byk support badan kita nie..
Jadi, sebelum aku kawen dan pregnant aku nk pastikan tulang aku dah sehat seperti biasa!


Lagi??

Emm...ni lah paling tak suka..


Mcm nilah badan aku sekarang.. Tapi ni bukan aku ok? Ni aku google je.. Susah..Nak pakai kebaya mmg tak cantik tapi nsb baik tak terok mcm ni..

Bila aku tunduk mmg lah jelas lagi nyata kecacatan aku ni.. Hmm...

Tapi takpe, aku akan berusaha carik jugak duit untuk pulihkan kecacatan aku nie..

Haa...To all Diploma in Medical Imaging Cohort II, pasni angpa toksah pggl cek cacat lagi noh??
Angpa tggu!!

Hehehe...





NASIHAT- Plz appreciate your spine. Use correct body posture wherever u are.



Thursday 24 March 2011

SCOLIOSIS

Salam..

Tadi masa tak ada patient, sempat baca paper STAR..
Belek punya belek jumpa satu iklan nie..

"We specialize in scoliosis correction and spinal disorder rehabilitation and physiotherapy"

Ni laman web dia - Spinal Inc

Untuk pengetahuan, aku nie sebenarnya cacat..
Bak kata kawan2 aku Diploma in Medical Imaging Cohort II..
Agak kurang sedap sungguh kata2 itu..hehe..
Tapi its truth..
Kalau aku daftar kan diri aku sebagai OKU mst sng..
Parking sng, tandas ada sendiri..
Mesti ramai org pasni sopping nak ajak aku kan?
Hehehe...

Okay-okay..
Sebenarnya aku ni adalah salah seorang yang mempunyai masalah tulang belakang senget seperti 'S' dan nama saintifik nya adalah SCOLIOSIS..



Ni lah tulang belakang aku yang senget tu..Ish Ish Ish..

Balik kepada iklan tadi, sebenarnya dia mcm fisio ja..
Bezanya dia specialist kat vertebrae..
Kat hospital pn boleh buat cuma tak tau harga..
Yang ni pn baru nk survey..

Bukan apa, aku dah rasa sakit lah..
Lenguh badan dah tak tertahan..
Diri lama tak boleh..
Duduk lama tak boleh..
Baring lama pn tak boleh..
Dan badan aku tak bole berat sgt..kalau tak nanti tulang aku tak mampu nak tampung, makanya akan makin senget tulang aku nie..

So, aku dah fikir, nk kerja lama, hidup sehat, aku kena gak wat treatment nie..
Kalau harganya berpatutan aku akn cuba kumpul duit!!
InsyaAllah..

Untuk pengetahuan, adik beradik aku semua scoliosis..
Dan aku yang plg teruk..
Aiseh..Apakan daya..

Okaylah..
Jenguk2 lah web tu k??
Aku harap Allah bukak pintu rezeki aku supaya dpt wat treatment nie..
Amin..






Wednesday 23 March 2011

YOU...MAK....AYAH....

You..

Doakan I dapat kerja tu ya?
Bukan apa, gaji I skrg tak cukup la nak bg mak ayah I..
Setakat makan sorang, buat tambang KTM, bolehla..
Walaupun mak ayah I tak pernah minta, tapi I tau diorang akn gembira kalau dapat rasa hasil kerja I..
I awal-awal dah bg tau diorang yang I tak boleh nak bagi lagi wat masa skrg..
InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, I akan bagi..
Tapi I kesian la..
Hmm..Ayah baru pencen; dapat pn berapa lah sgt..
Ada anak, tak boleh bagi..
Ayah, Ecah minta maaf..
Tapi Ecah janji, Ecah dapat kerja nnt, dah stable sikit Ecah bg ayah sikit ya?
Ecah akan balas blk semua yang ayah dah korbankan dulu..
Dari ecah kecik, msk sekolah, msk kolej sampailah sekarang..
Ecah tau ayah tak pernah stop doakan ecah..
Semoga Allah makbulkan semua permintaan ayah..Amin..

Emak pula byk tanggungan..
Tak perlu nak cerita..
Tapi Ecah tau mak buat OT hari2, blk pukul 10malam sebab mak nk cover blk gaji mak yang dah habis kan..
Ecah minta maaf pd mak jugak..
Ecah janji ecah akan tolong mak bila ecah dah stable nnt..
Mak doakan ecah dan ecah harap Allah akan makbulkan semua hajat mak..Amin..

You..

You tau tak apa hajat I?
I nak balas balas blk jasa mak dan ayah..
I nak tolong keluarga I..
I nak majukan kewangan keluarga I..
I nak ada rumah sendiri..
I nak ada kereta sendiri..
I nak ada harta I sendiri..
I nak ada SUAMI sendiri..
I nak bg semua yang I ada pada anak2 I..

You..

Bila I boleh dapat semua nie?
I tahu I takkan dapat kalau tak usaha..
Tapi you, hmm...
Kalau ada rezeki, ada lah jawabnya..kan?

You..

(To whom it may concern)
I nak kawin..
Tapi I tak mampu..
Selagi I tak berjaya tolong keluarga I, selagi tu I takkan kahwin ya?
Harap you boleh faham..

You..

(To 1 who is reading)
Doakan I dapat kerja tu ya?
AMIN..

Salam.

Sunday 20 March 2011

I MISS YOU

You...
Lama tak jumpa..
Lama tak tgk muka..

You..
Tengah buat apa?
Sihat kah?

You..
Rindu i?
Sayang i?

You..
I rindu you..
I sayang you..

You..
I MISS YOU..
I LOVE YOU..

You....M.I.A.M.

And you...
I AM SO LONELY WITHOUT YOU

Friday 11 March 2011

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH..

Permulaan yang positif..
6.30 hingga 6.30..
Penat tapi tanggungjawab..
Semoga Allah buka pintu rezeki aku dengan lebih luas selepas ini..
AMIN..

Tuesday 8 March 2011

SELAMAT HARI WANITA YANG KE-100!!

KAUM HAWA SEANTERO DUNIA!!
DENGARLAH!!
LAUNGKANGLAH!!
SELAMAT HARI WANITA!!

OKAY!
CUKUP DI SITU CIK AISYAH!

Saya tidak membanggakan kaum wanita!
Saya bukan memuja hari wanita!
Cuma saya hargai kerana wanita ada hari tersendiri untuk diingati!

Hari ini tiada siapa pun wish saya!
HAHA!!!
Tapi HOT FM AM KREW telah wish saya secara tak langsung!
HAHA!! SEBAGAI WANITA mestilah saya bangga!
Bukan senang HOT FM nk wish kat saya..
Tapi bukan saya seorang malah semua kaum wanita di dunia ini!!

Teringat lagi In-Team Impian Kasih..

"Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga"

Lagu ni bukan nya memuji memuja wanita..
Tapi hanya menyatakan bahawa wanita yang solehah adalah impian lelaki untuk memiliki mereka.
Bahawa wanita solehah adalah punca kejayaan rumah tangga!

Bukan semua wanita boleh membahagiakan si suami..
Walaupun saya belum berkahwin tapi pengalaman dlm keluarga saya byk memberi iktibar dan pengajaran kepada saya. (FULLSTOP)





HADITH Rasulullah s.a.w tentang wanita kebanyakannya menyentuh tentang IBU!
Siapa IBU??
Saya x perlu jawab sebab saya yakin kamu semua masih ada ibu.
Saya yakin kamu tahu siapa IBU.

Antara HADITH BAGINDA adalah "syurga itu di bawah telapak kaki ibu"

JELAS!TERANG!NYATA!

Ibu adalah wanita pertama yang sepatutnya wujud dalam hati setiap orang!

Ibu yang melahirkan!
Ibu yang menyusukan!
Ibu yang membesarkan!
Ibu yang menjaga!
Ibu yang cebok najis kamu!
Ibu yang bangun tgh malam memujuk kamu!
Ibu yang beri kamu duit belanja!
Ibu yang susah hati kamu sakit!
Ibu yang risau bila kamu ada peperiksaan!!

KENAPA IBU???
SEBAB BAGI IBU, ANAK-ANAK LAH NYAWA MEREKA!
MEREKA SANGGUP MATI DEMI ANAK!
Ya Allah..betapa mulianya hatimu IBU.
DAN KERANA ITULAH HARI IBU DI WUJUDKAN!
HARI UNTUK MENGHARGAI IBU!
TAPI INGAT, HARGAI IBU PADA SETIAP MASA YA? BUKAN MASA HARI IBU SAHAJA!
JANGAN MENYESAL TAK SUDAH!

"IBU-IBU ENGKAULAH RATU HATIKU,
BILA KU BERDUKA ENGKAU HIBURKAN SELALU,
IBU-IBU ENGKAULAH RATU HATIKU."

SAYANG MAK!!







TO BE CONTINUE...???
END??
.......................................................................................................................





Friday 4 March 2011

TERIMA KASIH!

ALHAMDULILLAH.

SYUKUR KE HADRAT ILAHI.

AKU BERSUJUD PADAMU YA ALLAH.

Sebagai permulaan, aku benar2 bersyukur.

Aku harap ini lah titik-titik bermulanya kehidupan baru untuk melangkah lebih besar.

INSYAALLAH.

TAHNIAH CIK SITI AISYAH ARIFF!

TERIMA KASIH MAK!

TERIMA KASIH AYAH!

TERIMA KASIH SIBLINGS!

TERIMA KASIH 'SI DIA'

TERIMA KASIH KAMU.

TERIMA KASIH!

Tak da motif..saja ja masa practical Kajang specialist hospital..
Wabak H1N1 tgh menular..

Wednesday 2 March 2011

MENCARI KERJA YANG MENYOROK??

SALAM semua..

Saja nak tulis-tulis..
Aku sehat je.
Cuma kebelakangan nie aku agak STRESS!!

Mana tak nya, dah hampir ENAM (6) BULAN aku tak bekerja..
Konvo pn dah selamat dah..
Kawan-kawan aku habis belajar, terus keje.
Aku?
Mungkin tu rezeki diorang, aku punya tak sampai lagi..
Tapi tu dulu 6bulan lepas..
Sekarang aku masih menunggu tapi tak sampai-sampai lagi.
Mcm mana nie..

Aku mengaku aku cemburu!!

  1. Kawan-kawan dah pakai kereta baru
  2. Kawan-kawan boleh shopping
  3. Kawan-kawan nak tunang
  4. Kawan-kawan nak kawen
AKU PUN NAK JUGAK!!!


TAPI????


Aku tak ada duit..

Hmm..cah, sabar yea?
Bukan kau tak berusaha..
Tapi rezeki masih belum nampak kau..
Kan?

OKAY!!

Baru aku tau betapa peritnya hidup susah!!

Aku bknlah dari keluarga susah, TAPI TAK SENANG.

Bukan semua benda aku dapat.

MAKANAN DAPATLAH!!

Hehe..


Baru aku tau rasa stress tak kerja..

Baru aku tau rasa malu tak kerja..

Baru aku tau perit pergi interview tapi gagal..

Baru aku tau rasa pergi interview banyak kali..

Baru aku tau rasa dipaksa untuk mencari2 kerja..-hey aku carik ok???-

Baru aku tau BUKAN SENANG NAK SENANG!!


Kepada mak, ayah..
Sabar lah..ecah tau mak ayah selalu doakan ecah..
Ecah harap berkat doa mak ayah ecah dapat kerja secepat mungkin..
Ecah pn nak bagi mak ayah rasa duit ecah..
InsyaAllah mak, ayah..
Selagi ecah masih kuat, masih ada kudrat,
ecah akan terus berusaha..

TO RADIOGRAPHER JOB, PLEASE COME TO ME..
I BEG YOU..

Ni masa 1st semester kat Seremban Specialist Hospital..

Ni masa last semester kat Kedah Medical Centre..

INSYAALLAH MUDAH-MUDAHAN ALLAH PERMUDAHKAN AKU MENCARI KERJA DAN MENDAPATKAN KERJA.
AMIN.